Seorang lagi mangsa bot karam ditemukan lemas - Utusan Malaysia

Seorang lagi mangsa bot karam ditemukan lemas

PASUKAN penyelamat mengusung mayat mangsa kedua, Shahril Ismail yang ditemukan dalam tragedi bot karam dipercayai dilanggar tongkang di Perairan Kuala Kemaman, hari ini. - UTUSAN/NIK NUR IZZATUL HAZWANI NIK ADNAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang lagi mangsa yang hilang dalam kejadian bot karam dipercayai dilanggar tongkang di perairan Kemaman, di sini pagi tadi, ditemukan lemas. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, mayat lelaki yang dikenali Shahril Ismail, 50, ditemui terapung kira-kira pukul 1 tengah hari oleh nelayan yang turut membantu pencarian. “Mayat mangsa ditemukan kira-kira lima batu nautika dari lokasi kejadian dan dibawa naik ke jeti kira-kira pukul 2.45 petang. “Mayat lelaki yang ditemukan ini dipercayai sebagai Shahril yang merupakan pembantu tekong. Bagaimanapun, identiti sebenar mangsa akan dilakukan selepas pengecaman mayat…

 

Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya