KLANG: Taktik menyeludup ratusan pil kuda dengan seluar jeans terpakai menerusi mel udara terbongkar selepas dirampas pihak berkuasa di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, 16 Julai lalu. Perkara itu dikesan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Zon Tengah Unit II (Selangor) yang menjalankan pemeriksaan rapi ke atas semua parcel di Pusat Mel dan Kurier (PMK). Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah, Norlela Ismail berkata, pihaknya mendapati satu bungkusan mencurigakan yang dikirim individu dari sebuah negeri di pantai timur. Menurutnya, pemeriksaan lanjut kemudian menemukan tiga paket disyaki berisi pil kuda…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya