Selepas lebih 24 jam, warga India mangsa jerlus belum ditemukan

Selepas lebih 24 jam, warga India mangsa jerlus belum ditemukan

jerlus
Lubang akibat tanah mendap di Jalan Masjid India. - UTUSAN/SHIDDIEQIIN ZON
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selepas lebih 24 jam, pelancong warga negara India yang hilang ditelan tanah jerlus di Jalan Masjid India semalam masih belum ditemukan.

Dalam kejadian sekitar pukul 8 pagi semalam, warga negara India berusia 48 tahun itu hilang dalam kejadian tanah mendap yang menghasilkan lubang sedalam lapan meter ke 10 meter.

Operasi mencari dan menyelamat  wanita itu kini ditumpukan di lima ruang kumbahan yang terdapat dalam lingkungan dua kilometer kawasan radius pencarian.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, setiap penutup ruang berkenaan akan dibuka sekiranya mangsa terperangkap di salah satu saluran yang ada.

Kata beliau, setiap saluran yang mempunyai kedalaman lapan meter itu diletakkan penghadang bagi menyekat sebarang pergerakan.

“Kita memulakan pencarian hari ini dengan memberi keutaman laluan pembetung itu.

“Anggota kita telah ditempatkan di setiap lokasi berkenaan bagi mengesan sekiranya ada pergerakan mangsa,” katanya dalam sidang akhbar selepas Pelancaran Kelab Bomba Cilik JBPM di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Hang Tuah, di sini, hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN