Sebutan kes cerai Syamsul-Ira, 27 Ogos

Sebutan kes cerai Syamsul-Ira, 27 Ogos

Syamsul Yusof dan Ira Kazar
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Permohonan cerai yang difailkan oleh pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof terhadap isterinya, Ira Kazar akan disebut di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur pada petang Selasa ini.

Perkara itu disahkan oleh peguam syarie, Azmi Rais selepas dihubungi Utusan Malaysia semalam.

Peguam terbabit bagaimanapun enggan menjawab perta­nyaan lanjut mengenai perceraian tersebut dan hanya meminta media untuk hadir pada tarikh yang ditetapkan oleh mahkamah.

“Datanglah pada tarikh tersebut, masa itu, tanyalah apa yang hendak ditanya,” katanya.

Pada 19 Ogos lalu, berita me­ngenai perceraian pasangan itu hangat diperkatakan. Peguam kemudian mengesahkan bahawa permohonan cerai itu telah difailkan pada pukul 2 petang hari yang sama.

Alasan permohonan cerai itu ialah tiada persefahaman.

Syamsul dan Ira atau nama penuhnya, Faghirah Fatini Kazaruddin yang juga anak kepada pelakon Kazar Saisi bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari 2023.

Berita pernikahan itu disahkan Syamsul sendiri menerusi video yang dimuat naik dalam akaun laman sosial Instagram miliknya.

Pada ketika itu, Syamsul masih merupakan suami kepada pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin yang dinikahinya pada 8 Mac 2014. Mereka bercerai pada 14 Jun 2023.

Syamsul dan Puteri Sarah Liyana dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Syaikhul Islam dan Sumayyah. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN