Saya tak lari ke mana pun - Hael Husaini - Utusan Malaysia

Saya tak lari ke mana pun – Hael Husaini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan komposer terkemuka, Hael Husaini menafikan dakwaan bahawa dia selalu melarikan diri daripada pihak media.

Kata Hael, dakwaan itu tidak benar kerana dia sentiasa memberi kerjasama dengan pihak media.

“Saya bersedia untuk memberi kerjasama tetapi buat masa sekarang jadual saya agak padat.

“Saya tak lari ke mana pun,” katanya ketika ditemui di Majlis Pelancaran Kempen Inilah KITA di Pavilion Damansara di sini.

Selain itu, berkenaan perkembangan terkini, penyanyi lagu Jampi dan Haram ini dalam persediaan untuk melancarkan album baharu.

“Album ini akan mengandungi lapan lagu dan sekarang saya dalam fasa pemilihan lagu. Disebabkan album Antonim (Part 1) mendapat sambutan yang saya sendiri tidak sangka, jadi untuk part 2 ini saya perlu lebih lagi.

“Dalam masa yang sama, album itu akan dikeluarkan secara fizikal jika mendapat permintaan. Bagi saya album fizikal merupakan satu hadiah daripada seorang artis kepada peminat.

“Kadang-kadang mereka nak ada sentuhan istimewa untuk memiliki album fizikal. Jadi jika ada permintaan, InsyaAllah akan lakukan,” katanya.

Terdahulu, Hael dikatakan mengelakkan diri daripada bertemu media dalam sebuah acara baru-baru ini tanpa diketahui sebarang punca.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya