Saya, isteri tak tahu apa-apa - Yusof Haslam - Utusan Malaysia

Saya, isteri tak tahu apa-apa – Yusof Haslam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pengarah terkenal, Datuk Yusof Haslam memaklumkan dia dan isterinya, Datin Patimah Ismail tidak tahu menahu tentang kesahihan mengenai desas desus anaknya, Syamsul Yusof telah memfailkan cerai terhadap isteri, Ira Kazar.

Jelas Yusof, dia dan isteri agak terperanjat apabila membaca berita berkenaan di media sosial hari ini.

“Saya tak tahu, isteri saya pun begitu. Kami memang tak baca berita ini di media sosial. Jadi saya agak terperanjat apabila media hubungi saya bertanyakan mengenai desas desus perceraiannya.

“Untuk makluman, saya dan isteri sudah lama putus hubungan dengan dia (Syamsul). Memang sudah terlalu lama.

“Apa pun, kalau ditanya mengenai ini, jawapan saya, tak tahu. Kami reda dengan apa juga yang berlaku dan mendoakan yang baik untuk dia.

“Kalau boleh saya tak mahu ulas mengenai hal ini. Isteri pun sudah pesan, jangan komen,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Hari ini nama Syamsul kembali meledak selepas dia didakwa memfailkan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, hari ini.

Menurut sumber, perceraian tersebut dilakukan selepas dikatakan tiada lagi kesefahaman antara pasangan itu.

khabar angin mengenai keretakan rumah tangga mereka dioerkatakan sejak Oktober tahun lalu namun kedua-duanya mengunci mulut mengenai dakwaan tersebut.

Mereka juga tidak mengesahkan dakwaan sedang menimang cahaya mata pertama.

Terdahulu, Syamsul dan Ira atau nama sebenarnya Faghirah Fatini Kazaruddin bernikah di Selatan Thailand pada 6 Januari tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN