Saya dan Amir tidak pernah lepak bedua, hanya kawan - Angel - Utusan Malaysia

Saya dan Amir tidak pernah lepak bedua, hanya kawan – Angel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli kumpulan Dolla, Angel, menafikan mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon, Amir Ahnaf.

Jelas Angel, atau Angelina Chai Ka Ying, 23, pengenalannya dengan pelakon itu hanyalah sebatas kawan yang saling menyokong perkembangan kerjaya.

Susulan itu, dia berharap agar kelab peminatnya, iDollas, dapat bertenang walaupun selepas namanya terpalit sama dengan perkongsian seorang perempuan mengenai Amir baru-baru ini.

“Amir dengan Angel hanyalah rakan satu industri. Kami saling menyokong pencapaian masing-masing.

“Kami juga tidak pernah lepak berdua pun, jadi Angel harap iDollas jangan risau sangat,” katanya menerusi hantaran di InstaStory.

Dalam pada itu, Angel turut berjanji akan bekerja keras dan berusaha membanggakan nama Malaysia.

“Angel akan terus bekerja keras untuk melakukan yang terbaik dalam kerjaya untuk membanggakan nama Malaysia. Angel juga minta maaf jika ada buat salah,” tulisnya.

Terdahulu, seorang wanita mendedahkan mempunyai hubungannya dengan Amir sejak setahun lalu di platform Tik Tok.

Menerusi hantaran yang sama, Nasuha turut memuat naik beberapa keping gambarnya bersama Amir termasuk sekeping gambar tangkap layar daripada Instagram Story (Igs) Amir yang memaparkan video anggota kumpulan Dolla, Angel.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN