Saya dan Amir hanya kawan - Angel - Utusan Malaysia

Saya dan Amir hanya kawan – Angel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Kami hanya berkawan.”

Demikian kata anggota kumpulan Dolla iaitu Angel mengenai kehadiran pelakon, Amir Ahnaf pada konsert sulung Dolla, Re:Birth The Experience yang berlangsung di Zepp, Sabtu lalu.

Menurut Angel atau nama sebenarnya Angelina Chai Ka Ying, dia menafikan dirinya mempunyai hubungan istimewa dengan pelakon itu sebaliknya hanya sekadar rakan selebriti.

“Dia tanya saya jika boleh datang ke konsert Dolla. Sebagai kawan, sudah tentu saya tidak keberatan untuk mengajaknya.

“Jadi saya jemput Amir untuk menyaksikan konsert Dolla secara peribadi dan malam itu, dia datang bersama Haziq Dean.

“Selain Amir, kami juga ada menjemput ahli keluarga dan kawan-kawan terdekat untuk menikmati konsert sulung ini,” katanya ketika ditemui di Re:Birth The Experience Gathering di sini hari ini.

Dalam pada itu, penyanyi Damelo itu turut berkata, dia sudah berkenalan dengan Amir hampir setahun.

“Saya mula mengenalinya ketika sama-sama merakamkan video promosi untuk karnival jualan hari raya.

“Sejak itu, hubungan kami mula akrab dan dalam masa sama saya juga berkawan dengan barisan pelakon drama Projek High Council,” katanya.

Terdahulu kehadiran Amir ke konsert sulung Dolla mengundang spekulasi warganet mengenai hubungannya dengan Angel.

Difahamkan pada malam konsert itu, Amir baru saja selesai terbabit dalam pertunjukan fesyen di Ibu Kota dan terus bergegas ke konsert Dolla.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN