Saya bersyukur Do Hyun ada - Lim Ji Yeon - Utusan Malaysia

Saya bersyukur Do Hyun ada – Lim Ji Yeon

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Pelakon popular Korea Selatan, Lim Ji Yeon, menyifatkan kekasihnya, Lee Do Hyun banyak memberikan sokongan positif kepadanya.

Sejak berita percintaan mereka diperkatakan, kerjaya lakonan pasangan itu semakin berkembang hasil daripada sokongan peminat.

Walau bagaimanapun, menurut Lim, pada asalnya dia hanya mahu menjalani hubungan mereka secara senyap dan rahsia.

“Nak buat bagaimana, anda semua sudah boleh hidu hubungan kami berdua.

“Kami terpaksa memberitahu khalayak mengenainya walaupun sebenarnya saya tidak mahu,” katanya.

Lim berkata demikian bagi mengulas hubungan percintaannya dengan pelakon kacak, Lee Do Hyun, di sesi sidang media filem ‘Revolver’, baru-baru ini.

Bukan itu sahaja, walaupun sama-sama bergelar pelakon, mereka saling menghormati kerja lakonan masing-masing.

“Kami berdua banyak beri sokongan antara satu sama lain. Saya hormat kerja Do Hyun begitu juga sebaliknya.

“Kami tidak akan campur tangan dalam projek lakonan masing-masing.

“Dia banyak beri galakan, saya sangat bersyukur kerana dia ada,” jelasnya.

Terdahulu, hubungan percintaan Lim dan Lee dapat dihidu selepas masing-masing terlibat dalam projek siri Nefflix, ‘The Glory’.

Selepas khabar angin bertebaran, pihak agensi kemudian mengesahkan bahawa pasangan itu memang menjalin cinta pada April tahun lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN