Saya ada lesen boleh bawa pistol ke mana sahaja - Bekas ahli Parlimen PKR

Saya ada lesen boleh bawa pistol ke mana sahaja – Bekas ahli Parlimen PKR

Tangkap layar video menunjukkan Abdullah Sani bersama pistol di pinggang ketika sidang akhbar baru-baru ini. - Foto video tular
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang bekas ahli Parlimen dari PKR memberitahu beliau merupakan pemegang lesen senjata api yang sah daripada pihak berkuasa sejak 2012.

Bekas Ahli Parlimen Kapar, Abdullah Sani menjelaskan perkara itu menjawab kebimbangan orang awam selepas video tersebar menunjukkan beliau membawa senjata api dalam sidang akhbar anjuran Persatuan Bola Sepak Kuala Lumpur (KLFA) dalam kapasitinya sebagai pemangku presiden.

Abdullah berkata, senjata itu tidak boleh ditinggalkan di merata tempat dan hendaklah sentiasa berada dalam jagaannya.

“Jadi, bukan hanya di stadium, saya bawa ke mana sahaja saya pergi,” katanya dalam ciapan di aplikasi X menjawab soalan pengguna akaun aplikasi berkenaan.

Dalam video itu, kelihatan pistol Abdullah berada pada pinggangnya ketika beliau bangun pada akhir sidang akhbar tersebut.

Abdullah adalah Ahli Parlimen Kuala Langat selama dua penggal dari 2008 hingga 2018 sebelum memenangi kerusi Parlimen Kapar dalam pilihan raya umum pada 2018 daripada gabungan Pakatan Harapan (PH).

Malangnya, beliau gagal mempertahan kerusi itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) pada 2022 selepas tewas kepada calon Pas, Dr. Halimah Ali dengan majoriti 11,782 undi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN