Satu lagi tanah mendap dikesan berhampiran Masjid India

Satu lagi tanah mendap dikesan berhampiran Masjid India

SATU lagi tanah mendap dikesan berhampiran lokasi tanah jerlus di Masjid India, Kuala Lumpur ekoran hujan lebat.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Kejadian tanah mendap dikesan kira-kira 50 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, di sini.

Tinjauan di lokasi mendapati kawasan mendapan itu telah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan menggunakan penghadang jalan dan garisan kuning.

Kejadian tanah mendap dipercayai berlaku pada 2.30 pagi ini berhampiran Pondok Polis Masjid India ekoran hujan lebat dan ribut, malam tadi.

Utusan Malaysia mendapatkan pengesahan serta maklumat lanjut mengenai kejadian ini.

Sementara itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India iaitu Vijayaletchumy, 48, hari ini memasuki hari keenam.

Operasi SAR membabitkan agensi seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Polis Diraja Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Indah Water Konsortium (IWK).- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya