SHAH ALAM: Mayat seorang wanita dalam keadaan berulat ditemukan terapung di dalam longkang besar berhampiran Perumahan Dillenia, Seksyen U11, Bukit Bandaraya, di sini, petang semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd. Iqbal Ibrahim berkata, siasatan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR) Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati simati merupakan seorang perempuan namun identiti belum dapat dikenalpasti. “Simati ketika dijumpai hanya berpakaian baju dan seluar dalam serta keadaan mayat berulat. Pemeriksaan oleh Pihak Forensik IPK Selangor ke atas badan simati mendapati tiada kesan pergelutan atau lain-lain kecederaan yang boleh menyebabkan kematian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya