KUALA LUMPUR: Pelakon, Sarah Hildebrand, 34, sah bergelar isteri kepada kekasihnya yang juga warga Amerika Syarikat (AS).
Berita gembira itu dikongsi pelakon tersebut menerusi beberapa keping gambar yang dimuat naik di Instagramnya.
Menerusi gambar tersebut Sarah dilihat mengenakan hijab selain menunjukkan cincin pernikahan.
Sarah sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga dengan jejaka berdarah campur Filipina Amerika, Otto Gilen.
Sarah bagaimanapun memberi bayangan mengenai perceraian apabila tidak lagi memuat naik gambar bersama Otto di media sosial.