SAR diteruskan, tiada arahan henti

SAR diteruskan, tiada arahan henti

Kakitangan Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia menggunakan alat 'ground penetrating radar's (GPR) dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita warga India yang hilang dalam kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India, Jumaat lalu dan susulan kejadian tanah mendap baharu di kawasan berdekatan, semalam. - UTUSAN/MUHAMAD IQBAL ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Buat masa ini, tiada arahan dikeluarkan untuk menghentikan

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) warga India yang hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India, Kuala Lumpur, Jumaat lalu akan diteruskan sehingga arahan henti dikeluarkan.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Fahmi Fadzil berkata, Kabinet semalam telah dimaklumkan mengenai perkembangan insiden itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr. Zaliha Mustafa.

“Beliau memaklumkan beberapa lurang kumbahan sudah disiasat dan diperiksa malah, loji rawatan kumbahan Pantai 1 dan Pantai 2 Indah Water Konsortium (IWK) juga sedang diuruskan dan disiasat,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, setakat ini, operasi di loji kumbahan pemprosesan IWK itu tidak menemui mangsa.

Fahmi berkata, Jemaah Menteri juga dimaklumkan mengenai penemuan satu insiden tanah jerlus kira-kira 50 meter dari lokasi pertama awal pagi semala dan sedang disiasat oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Saya juga ada dimaklumkan mengenai tanah jerlus di Pantai Dalam. Ia adalah dua insiden berbeza tetapi isu asasnya berkait dengan penyelenggaraan saliran,” katanya.

Sementara itu, SAR mencari mangsa, Vijayaletchumy, 48, yang hilang sejak Jumaat lalu memasuki hari keenam dan turut dilakukan di kawasan ‘end point’ iaitu loji di Pantai Dalam namun tidak menunjukkan sebarang perkembangan positif.

Dalam perkembangan sama, alat pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah turut digunakan bagi membantu SAR yang dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya