Sanggup menyelam dalam saluran najis, inilah pengorbanan anggota Bomba

Sanggup menyelam dalam saluran najis, inilah pengorbanan anggota Bomba

Salah seorang penyelam bomba dengan suit lengkap bersedia turun ke lubang saluran najis atau kumbahan yang dipercayai terdapat ‘backlog’ iaitu kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India.- FOTO BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pasukan penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah melakukan apa sahaja untuk mencari tanah jerlus yang hilang di Jalan Masjid India.

Ini termasuk anggota pasukan penyelamnya melakukan selaman di dalam saluran najis atau kumbahan berhampiran lokasi kejadian sekali untuk mengesan mangsa warganegara India itu.

Walaupun ia menemui jalan buntu, tetapi itulah pengorbanan yang dilakukan oleh anggota Bomba demi menyelamatkan orang awam.

Dua penyelam skuba dari Akademi JBPM Wilayah Utara mula turun ke lubang saluran itu pada pukul 4 pagi untuk ke kawasan yang dipercayai terdapat ‘backlog’ iaitu kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian.

Salah seorang penyelam bomba melakukan persediaan untuk melakukan selaman di ke saluran najis atau kumbahan yang dipercayai terdapat ‘backlog’ iaitu kira-kira 44 meter dari lokasi kejadian tanah jerlus di Jalan Masjid India. – FOTO BERNAMA

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN