Saman PDRM, Razarudin serah kepada Peguam Negara

Saman PDRM, Razarudin serah kepada Peguam Negara

RAZARUDIN HUSAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyerahkan kepada Peguam Negara untuk menguruskan kes melibatkan bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md. Zain serta tiga individu yang lain memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke pasukan berkenaan.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Peguam Negara untuk mendapatkan afidavit berkait dengan kes berkenaan.

“Biar pihak Peguam Negara menjawab perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pemangku Ketua Polis Kelantan di sini

Media sebelum ini melaporkan, Bekas Ketua Staf Perisikan Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM), Senior Asisten Komisioner Datuk Mat Zaki Md. Zain serta tiga individu lain memfailkan saman berjumlah RM100 juta ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Tiga individu tersebut ialah Fabian Anak Rungan, Dennis Anak Enit dan Mohd Azlan Sakaran yang bertindak selaku plaintif.

Selain jumlah saman itu, empat individu tersebut turut menuntut ganti rugi khas, deklarasi dan permohonan maaf daripada 11 defendan.

Writ saman itu difailkan melalui Tetuan Lincon & Company diketuai peguam Sharatha Masyaroh John Ridwan Lincon pada 15 Ogos lalu.

Kesemua plaintif menamakan Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Datuk Seri Abdul Jalil Hassan, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd. Isa, Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan dan bekas Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Idris Abdullah sebagai defendan pertama hingga keempat.

Selain itu, Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, Asisten Komisioner Ts. Dr. Mohd Hakim Hashom, Deputi Superintendan Yusman Shahri Marinsah dan Ketua Polis Negara sebagai defendan kelima hingga kelapan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya