RUU Keselamatan Atas Talian 2024 bincang Oktober ini - Azalina

RUU Keselamatan Atas Talian 2024 bincang Oktober ini – Azalina

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Atas Talian 2024 akan dibincangkan di Parlimen Oktober ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pelaksanaan penuh akta itu akan diletakkan di bawah dua agensi kerajaan.

“Saya akan laksanakan (perbincangan) bersama Kementerian Komunikasi tetapi akta itu akan saya bawa ke Parlimen Oktober ini.

“Namun, pelaksanaan dan penguatkuasaan akta itu akan dilaksanakan di bawah Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya komunikasi dan Multimedia (SKMM),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan ke Laman Media sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN