KANGAR: Setiap tahun, sempena Bulan Kemerdekaan menjadi kemestian buat seorang guru bersama ahli keluarganya menghias sebuah rumah pusaka di Jalan Padang Melangit, Kampung Abi Tengah, di sini sekali gus menarik perhatian ramai. Laksamana Saad, 47, akan menghias rumah pusaka di atas tanah seluas 0.711 ekar tersebut dengan bertemakan kemerdekaan bagi mengimbau nostalgia pembinaannya pada 1957. Malah, guru tersebut juga tidak kisah membelanjakan hampir RM1,000 bagi menghias rumah berkenaan sekali gus bersama menyemarakkan sambutan Bulan Kemerdekaan. Laksamana berkata, dia kebiasaannya akan membuat persiapan awal dalam tempoh sebulan bagi menyediakan barangan untuk…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya