IPOH: Sebanyak 1,566 kertas siasatan dibuka membabitkan kes jenayah komersial di negeri ini dengan nilai kerugian RM68.5 juta untuk tempoh Januari hingga Julai tahun ini. Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak 72 kes atau 4.4 peratus berbanding 1,638 kertas siasatan bagi tempoh sama tahun lalu. Katanya, daripada 1,566 kertas siasatan yang dibuka itu, sebanyak 1,407 kertas siasatan adalah membabitkan kes penipuan atas talian dengan kerugian RM55.3 juta. “Keadaan ini menunjukkan sebanyak 90 peratus jenayah komersial yang berlaku di Perak melibatkan jenayah penipuan atas…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya