PETALING JAYA: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menyelamatkan RM190.53 juta hasil kerajaan dalam tempoh lima bulan pertama tahun ini susulan penguatkuasaan ketat terhadap kes penyeludupan dan penjualan rokok tidak sah di negara ini. Jumlah ini diperoleh selepas 1,177 kes dilumpuhkan JKDM dengan nilai rampasan hampir RM21.47 juta. Ketua Pengarahnya, Datuk Anis Rizana Mohd. Zainudin berkata, angka ini memberi gambaran jelas bahawa pihaknya komited memastikan keselamatan di pintu-pintu masuk sempadan negara sentiasa dikawal dengan ketat bagi mengurangkan aktiviti penyeludupan. Kata beliau, keadaan ini dikuatkan lagi dengan kajian oleh Gabungan Pengilang Tembakau…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya