Da'i Syed teresak menangis kena penjara 10 tahun, tiga sebatan

Rogol: Da’i Syed teresak menangis dipenjara 10 tahun, tiga sebatan

DA'I SYED dan peguamnya menghadiri prosiding keputusan membela diri berhubung kes rogol wanita di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN/NURUL NAJWA HASRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Penceramah selebriti, Da’i Syed dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan tiga  sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas didapati bersalah merogol seorang wanita di sebuah kondominium, lima tahun lalu.

Hakim Norazlin Othman memutuskan demikian selepas mendapati tertuduh, Syed Shah Iqmal Syed Mohd. Shaiful, 29, gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.

Pemerhatian Utusan Malaysia mendapati suasana mahkamah pilu apabila bapa kepada seorang anak itu menangis teresak-esak selepas keputusan berkenaan dibacakan.

Turut hadir, isterinya, Hana Ismail, 38, yang baru saja melahirkan anak 16 hari lalu dan memeluk  penceramah itu bagi menenangkannya.

Syed Shah Iqmal didakwa atas pertuduhan merogol wanita berusia 23 tahun (ketika kejadian) di dalam bilik sebuah kondominium di i-City, Seksyen 7 di sini, kira-kira pukul 1.35 malam, 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan, jika sabit kesalahan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin manakala tertuduh diwakili peguam Syed Amirul Syed Edros. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN