PETALING JAYA: Kerajaan akan menyediakan deposit sebanyak RM30,000 kepada golongan belia terutamanya kalangan B40 dan M40 untuk membantu mereka membeli kediaman pertama. Itu adalah antara 33 cadangan yang akan dikemukakan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) kepada Kementerian Kewangan bagi Inisiatif Belanjawan 2025 yang akan dibentangkan Oktober ini. Menterinya, Nga Kor Ming berkata, inisiatif deposit Madani itu selaras dengan dasar kerajaan ‘Rumahku, Syurgaku’. “Ini adalah untuk meringankan komitmen bayaran bulanan pembeli rumah pertama, terutamanya golongan belia dalam kalangan B40 dan M40, serta merealisasikan aspirasi kementerian agar setiap rakyat memiliki…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya