RM2.5 juta bantu kemudahan Kampung Orang Asli Kelinsing

RM2.5 juta bantu kemudahan penduduk Kampung Orang Asli Kelinsing

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Sejumlah RM2.5 juta diperuntukkan untuk pelbagai program kemudahan bagi meningkatkan taraf hidup Orang Asli di Kampung Orang Asli Kelinsing, di sini.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, peruntukan itu bagi memenuhi keperluan penduduk kampung meliputi pembinaan semula balai budaya, kantin, tandas awam serta mewujudkan ruang niaga baharu dalam kawasan kompleks budaya kampung tersebut.

Menurut beliau, sebagai nilai tambah, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) akan membina sebuah Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) bagi membantu merapatkan jurang digital.

“Pusat ini boleh bertindak dalam menyalurkan maklumat yang tepat kepada rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar agar semua lapisan masyarakat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negara,” katanya di sini hari ini.

Terdahulu, beliau bertemu mesra dengan masyarakat Kampung Orang Asli Kelinsing yang merupakan kampung angkat Kementerian Komunikasi di bawah Program Kampung Angkat Madani.

Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan sewaktu ucapan Belanjawan 2024 mengumumkan bahawa kerajaan memperkenalkan Program Kampung Angkat Madani yang memberikan tumpuan kepada melengkapkan kemudahan asas termasuk Internet di kawasan desa yang terpinggir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN