Reruai Tourism Johor beri cenderamata

Reruai Tourism Johor beri cenderamata

PETUGAS Tourism Johor menunjukkan antara cenderamata yang akan diberikan kepada para pengunjung Festival Majestic Johor di Puteri Harbour, Iskandar Puteri, semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI: Reruai yang ada di Festival Majestic Johor 2024 menyajikan pelbagai produk dan tarikan kepada orang ramai.

Antara reruai yang mempamerkan pelbagai produk ialah Tourism Johor, penganjur festival lima hari berkenaan.

Selain dibekalkan dengan pelbagai risalah berkaitan lokasi pelancongan menarik, orang ramai turut menerima cenderamata seperti pemegang kunci dan bukan nota.

Selain reruai Tourism Johor, agensi kerajaan termasuk pihak berkuasa tempatan di daerah menyediakan pelbagai informasi kepada orang ramai.

Tidak ketinggalan agensi swasta yang turut mempamerkan pelbagai produk masing-masing untuk tatapan dan jualan kepada para pengunjung.

Seperti dua edisi sebelum ini, festival yang berlangsung hingga 1 September di Puteri Harbour, di sini menampilkan banyak acara menarik termasuk persembahan kebudayaan dan kesenian yang sentiasa dinanti-nantikan oleh orang ramai

Tarikan utama festival edisi ketiga ini ialah pameran eksklusif kenderaan klasik diraja dan perarakan yang akan menampilkan kebudayaan, persembahan kesenian etnik budaya Johor serta pancaragam.

Sebanyak 106 vendor yang menyajikan jualan makanan dan minuman serta gerai makanan ringan, cenderamata kraf tangan dan pelbagai produk yang pastinya menjadi tumpuan pengunjung.

Bagi melancarkan aliran lalu-lintas sepanjang festival berlangsung, Perbadanan Pengangkutan Awam Johor (PAJ) menyediakan perkhidmatan bas percuma terus ke tapak festival dari tapak parkir yang disediakan seperti di sekitar bangunan kerajaan di Kota Iskandar.

Festival yang pertama kali dianjurkan pada 2022 adalah salah satu inisiatif kerajaan negeri bagi menyemarakkan sektor pelancongan dalam menyumbang terhadap peningkatan taraf sosioekonomi tempatan menerusi impak aktiviti rantaian daripada sektor pelancongan, kesenian dan kebudayaan.

Festival berkenaan menerima penghormatan daripada industri pelancongan Malaysia apabila menerima ‘Gold Award Attractive State Tourism Event’ pada 2022. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN