PUTRAJAYA: Polis mengesahkan menerima laporan berkenaan seorang remaja menyamar sebagai kakitangan di sebuah hospital di Serdang.
Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, laporan tersebut diterima di Balai Dato Abu Bakar Baginda berhubung kejadian itu.
Katanya, siasatan awal mendapati remaja terbabit disyaki telah seminggu menjadi staf di hospital itu. – UTUSAN