Remaja menyamar doktor tiba di mahkamah untuk ditahan reman

Remaja menyamar doktor tiba di mahkamah untuk ditahan reman

REMAJA menyamar doktor yang direman Jumaat lalu dibebaskan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Remaja berusia 14 tahun yang ditahan kerana menyamar sebagai pegawai perubatan di Hospital Idris Shah, Serdang semalam tiba di Kompleks Mahkamah Sepang kira-kira pukul 8.40 pagi tadi.

Suspek dibawa ke mahkamah untuk mendapatkan tahanan reman.

Suspek yang berpakaian lokap polis diiringi dua orang polis sebelum dibawa masuk ke dalam lokap mahkamah.

Difahamkan, tiada kelibat ibu atau bapa suspek di perkarangan kompleks mahkamah.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof mengesahkan pihaknya telah menahan seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di lobi Hospital Sultan Idris Shah, Serdang pagi tadi kerana menyamar sebagai doktor perubatan.

Siasatan awal mendapati, suspek telah menceroboh dewan bedah hospital dan mengaku sebagai pegawai perubatan serta mahu membantu menjalankan pembedahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN