Rasuah kontrak bersih kapal tangki minyak RM15.3 juta, 5 individu ditahan

Rasuah kontrak bersih kapal tangki minyak RM15.3 juta, 5 individu ditahan

SPRM menahan reman lima individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM 15.3 juta di Mahkamah Majistret Putrajaya.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman lima individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan rasuah bagi mendapatkan kontrak pembersihan kapal tangki minyak berjumlah RM 15.3 juta tiga tahun lalu.

Mereka yang ditahan terdiri daripada seorang pengurus anak syarikat minyak dan gas, dua bekas kakitangan syarikat berkenaan, manakala dua lagi merupakan kontraktor.

Menurut sumber, kesemua individu lelaki berusia antara 30 hingga 63 tahun itu ditahan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya kira-kira pada pukul 8 malam semalam selepas hadir memberikan keterangan.

Majistret Mahkamah Putrajaya, Irza Zulaikha Rohanuddin membenarkan pengurus bersama dua bekas kakitangan syarikat itu direman selama lima hari, manakala kedua-dua kontraktor tersebut selama tiga hari bermula hari ini, selepas SPRM membuat permohonan tersebut pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas, Datuk Azmi Kamaruzaman ketika dihubungi mengesahkan penahanan tersebut dan kesemua individu disiasat di bawah Seksyen 16 Akta SPRM 2009. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya