Rangka strategi kembalikan Melayu kepada UMNO

Rangka strategi kembalikan Melayu kepada UMNO

Mohamad Hasan ketika menggulung perbahasan paa Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Kuala Lumpur semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Para pe­mimpin UMNO perlu mencari kaedah dan merangka strategi untuk membawa orang Mela­yu kembali menyokong parti tersebut.

Timbalan Presidennya, Da­tuk Seri Mohamad Hasan berkata, orang Melayu sudah menunjukkan tanda mahu kembali semula kepada UMNO dan terserah kepada parti itu untuk mengekalkan sokongan tersebut.

“Kita mesti menghantar mesej-mesej yang baik dan boleh menggembirakan hati orang.

“Jangan bercakap kadang-kadang itu kita menyakitkan hati, hingga ada orang yang marah dan menyampah de­ngan kita,” katanya dalam ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Putra (WTC) Kuala Lumpur, semalam.

Mohamad yang juga Menteri Luar turut menasihatkan pemimpin UMNO supaya sentiasa turun ke bawah dan berterima kasih kepada jentera yang bertungkus-lumus membantu mereka memenangi pilihan raya.

Beliau menjadikan majlis kahwin sebagai perumpamaan untuk setiap wakil rakyat daripada UMNO turun menyantuni rakyat.

“Orang tua cakap jinjang di­naiki, tangga dituruni. Sudah naik pelamin jangan tidak turun-turun.

“Orang yang menguruskan perkahwinan kita berkeja keras, jadi turun menjumpai mereka, ucap terima kasih dan pastikan supaya majlis kita dikenang sampai bila-bila,” katanya.Ahli Parlimen Rembau itu juga berkata, kemenangan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri) boleh dijadikan sebagai semangat dalam mendepani ‘perang’ di DUN Mahkota pada 28 September ini.

“Jangan ingat menang di Nenggiri, kita boleh senang-senang di Mahkota. Padangnya lain, belalang lain dan cara bermain di sana pun lain.

“Jadi turunlah beramai-ramai membantu kempen tetapi turunlah untuk bekerja, bukan menjadi pelancong politik,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN