KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Cameron Highlands, Datuk Ramli Mohd. Nor dilantik menyertai Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.
Mengumumkan perkara tersebut, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, ia bagi menghargai sumbangan masyarakat Orang Asli.
“Saya selaku Presiden UMNO mengambil keputusan bahawa Ramli yang mewakili Orang Asli untuk duduk dalam MKT,” katanya ketika menggulung perbahasan pada Perhimpunan Agung UMNO 2024 hari ini.
Ramli dilihat memainkan peranan penting dalam kemenangan UMNO dan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri apabila calonnya, Mohd Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie berjaya menangi semua peti undi penempatan Orang Asli. – UTUSAN