Rakyat Singapura hilang pekerjaan terima bantuan RM20,000

Rakyat Singapura hilang pekerjaan terima bantuan RM20,000

LAWRENCE Wong mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 15 Mei 2024.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Rakyat Singapura yang kehilangan pekerjaan bakal menerima bantuan sokongan kewangan sehingga SG$6,000 (RM20,000) dalam tempoh enam bulan.

Ini merupakan antara enam pengumuman dibuat Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong ketika Rapat Umum Hari Kebangsaan (NDR) kelmarin yang menggariskan beberapa inisiatif baharu merangkumi empat bidang utama iaitu ekonomi, keluarga, pendidikan dan perumahan. 

Bantuan itu merupakan pelan persediaan ekoran beberapa syarikat gergasi besar mengurangkan kakitangan di kebanyakkan negara.

Selain itu, Lawrence berkata, untuk menggalakkan rakyat Singapura melengkapkan diri dengan kemahiran baharu, semua individu berusia 40 tahun ke atas boleh mendapat manfaat daripada program ‘SkillsFuture Level-Up’ jika mereka ingin mengambil cuti kerja untuk belajar sepenuh masa.

Mereka boleh menerima elaun sehingga S$3,000 sebulan untuk tempoh 24 bulan.

“Jika anda kira jumlahnya, ia menjadikan SG$72,000 setiap orang. Jadi anda boleh merancang latihan anda dan mendapatkan suntikan kemahiran baharu apabila anda memerlukannya semasa kemajuan dalam kerjaya. Butiran lanjut akan dikongsi kemudian,” katanya dalam NDR pertama untuk Lawrence sejak dilantik sebagai Perdana Menteri.

Untuk mewujudkan persekitaran yang lebih mesra keluarga dan menggalakkan lebih ramai rakyat Singapura untuk memulakan keluarga, beliau berkata kerajaan akan menyediakan 10 minggu tambahan cuti bersalin bersama untuk ibu bapa dengan bayi yang baharu lahir, serta cuti paterniti mandatori bermula 1 April 2025 untuk bapa.

Ibu-ibu sudah menikmati 16 minggu cuti bersalin. Secara keseluruhan, ibu bapa boleh menikmati cuti bersalin berbayar kerajaan sehingga 30 minggu menjelang 1 April 2026.

NDR, yang diadakan sempena Hari Kebangsaan Singapura, adalah acara tahunan di mana Perdana Menteri akan menggariskan dasar dan hala tuju negara.– AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN