Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan ke Bangladesh

Rakyat Malaysia diminta tangguh perjalanan ke Bangladesh

PENUNJUK perasaan bertempur dengan polis semasa protes di Dhaka, Bangladesh pada 30 Julai lepas.- AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Rakyat Malaysia diminta menangguhkan semua perjalanan ke Bangladesh bagi mengambil kira situasi yang masih sukar diramalkan.

Kementerian Luar Negeri, melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, sedang memantau rapat situasi di negara itu susulan pembentukan kerajaan interim Bangladesh bagi memastikan urusan pentadbiran negara dapat berfungsi seperti biasa.

“Warganegara Malaysia yang berada di Bangladesh adalah dinasihatkan untuk mendaftarkan keberadaan dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka, serta sentiasa berwaspada, mengelak daripada berada di kawasan konflik dan mematuhi arahan pihak berkuasa tempatan.

“Sekiranya berlaku kecemasan, warganegara Malaysia boleh berhubung dengan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Dhaka.

“Sebarang perkembangan terkini ini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa,” katanya.

Nasib 171.2 juta rakyat Bangladesh masih samar-samar dan berdepan ketidaktentuan walaupun Sheikh Hasina meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri kelmarin selepas beberapa minggu protes antikerajaan berlangsung.

Meskipun situasi bertambah reda kerana rakyat menyambut keputusan tersebut, namun nasib mereka masih tidak menentu terhadap hala tuju kerajaan sementara bagi mentadbir negara.

Kelmarin, pengunduran Ha­sina selepas beberapa minggu protes antikerajaan, mengakhiri dominasinya dalam politik negara selama lebih dua dekad sekali gus mengakhiri legasi politik keluarga pengasas Bangladesh, Sheikh Mujibur Rahman yang merupakan bapa kepada wanita tersebut.

Sejurus tersingkir, beliau kemudian melarikan diri menaiki helikopter ke India ketika demonstrasi besar-besaran terhadap kerajaan sema­kin meningkat.

Pengunduran Hasina menjadi berita gembira kepada puluhan ribu penunjuk perasaan yang tanpa henti turun ke jalanan bagi menuntut beliau meletak jawatan, rentetan daripada siri awal demonstrasi pelajar melibatkan kuota pekerjaan sektor awam.

Menurut media tempatan, lebih 100 maut dalam pertempuran ganas di seluruh Bangladesh pada Isnin, menjadikannya hari paling berdarah sejak demonstrasi besar-besaran itu bermula.

Ratusan balai polis turut dibakar dengan Persatuan Perkhidmatan Polis Bangladesh (BPSA) mengisytiharkan mogok sehingga keselamatan setiap anggota terjamin.

Secara keseluruhan, lebih 400 orang maut ketika protes bertembung dengan tindakan keras oleh tentera kerajaan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya