KUALA TERENGGANU: Radius pencarian seorang lelaki, Abdullah Abdul Mubin, 44, yang dikhuatiri lemas di Sungai Terengganu dekat Taman Tamadun Islam (TTI), pagi tadi, diperluaskan sehingga enam kilometer (km). Ketua Zon I, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu, Yusmaredza Mirza Mohamed Ali berkata, langkah tersebut diambil susulan operasi mencari dan menyelamat (SAR) belum berjaya setakat pukul 5.45 petang ini. Menurut beliau, seramai 23 anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu dan Jalan Kota telah melakukan empat selaman sejak operasi dilancarkan 8.15 pagi tadi. Yusmaredza…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya