Pengimbas digunakan kesan mangsa tanah mendap Radar tembus tanah digunakan cari mangsa tanah mendap hilang

Pengimbas digunakan kesan mangsa tanah mendap

ALAT pengesan Ground Penetrating Radar (GPR) atau radar menembusi tanah digunakan pada hari keenam untuk mengesan wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini.-IQBAL ROSLY
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan berlaku insiden tanah mendap berdekatan Pondok Polis Masjid India, kira-kira pukul 2.30 pagi tadi.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Maimunah Mohd. Sharif berkata, kawasan kejadian telah ditutup menggunakan tali keselamatan dan penghadang air (water barrier) bagi menjamin keselamatan orang awam.

“Tindakan segera telah diambil oleh DBKL dengan penglibatan Indah Water Konsortium (IWK) yang kini memeriksa paip kumbahan di lokasi serta di kawasan sekitarnya bagi memastikan tiada kerosakan lanjut.

“Kami akan terus bekerjasama erat dengan IWK serta agensi-agensi lain untuk memastikan tindakan susulan yang berterusan dan menyeluruh dilaksanakan bagi mencegah kejadian serupa daripada berlaku pada masa hadapan.

“Keselamatan dan kesejahteraan warga Kuala Lumpur adalah keutamaan kami,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilihat tiba di Jalan Masjid India di sini pada pukul 11.15 pagi bagi meninjau kawasan lokasi kejadian. 

Beliau dilihat meninjau operasi pencarian dan menyelamat (SAR) selain melihat kawasan tanah mendap yang dikesan pagi ini, 50 meter dari lokasi kejadian. 

Difahamkan, alat pengesan radar menembusi tanah (GPR) digunakan pada hari keenam untuk mengesan wanita warga India yang masih hilang dalam insiden tanah jerlus di Jalan Masjid India di sini. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN