Puteri UMNO bahas had umur ahli pergerakan itu

Puteri UMNO bahas had umur ahli pergerakan itu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Puteri UMNO akan membahaskan had umur ahli pergerakan itu sama ada ia perlu dilanjutkan sehingga 40 tahun atau sebaliknya.

Ketua Pergerakan Puteri UMNO, Datuk Nurul Amal Mohd. Fauzi pada masa sama meminta kepimpinan tertinggi parti untuk memberi perhatian kepada sayap tersebut demi kelangsungan dan kemandirian parti pada masa hadapan.

“Ada yang minta lanjutkan sajalah usia Puteri kepada 40 tahun. Sudah bertahun Puteri bawa usul ini. Ada juga yang berkata tak sesuai dilanjutkan, tapi perlu dipendekkan.

“Oleh itu, saya mohon pandangan semua perwakilan dan para pembahas sekalian untuk sama-sama kita bincangkan, Insya-Allah,” katanya pada Perhimpunan Puteri UMNO di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN