Puteri Sarah bukan mahu jadi ‘Ratu Mahkamah’ - Utusan Malaysia

Puteri Sarah bukan mahu jadi ‘Ratu Mahkamah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Puteri Sarah, tidak berhasrat menerima gelaran ‘Ratu Mahkamah’ sebaliknya hanya mengambil tindakan undang-undang demi membela diri.

Jelas Sarah atau Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 39, segala saman yang pernah difailkannya dalam tempoh tiga tahun ini dilakukan kepada pihak yang pernah mencabar atau mengeluarkan kenyataan melampau.

“Saya tidak mahu (digelar Ratu Mahkamah). Saya tidak kacau orang tetapi mereka yang mulakan dahulu. Jadi saya mahu buat bagaimana?

“Kalau tidak melampau, saya boleh abaikan. Tetapi jika apa yang dilakukan melampau, saya terpaksa ambil tindakan,”jelasnya.

Sarah berkata demikian bagi mengulas mengenai julukan ‘Ratu Mahkamah’ yang diberikan warganet kepadanya.

Malah, pelakon drama Suri Hati ini juga menafikan dakwaan pihak yang mengatakan dirinya sengaja memfailkan saman demi mengejar wang semata-mata.

“Orang semua cakap Puteri Sarah mata duitan. Tidak, saya saman orang bukan sebab mahukan duit, tetapi mahu beri pengajaran agar tiada lagi yang buat begitu.

“Saya tidak kacau hidup orang, semua tengok saya sibuk dengan penggambaran, urus anak-anak dan perniagaan.

“Tapi orang yang ‘kacau’ saya. Saya kena tipu, orang manfaatkan saya, berkata buruk tentang diri saya.

“Jadi inilah cara untuk saya beri peringatan agar mereka menyesal, minta maaf dan tidak mengulanginya lagi,” katanya.
Sarah ditemui Utusan Malaysia di Kompleks Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur, di sini, hari ini.

Terdahulu, Sarah mencuri tumpuan apabila memfailkan beberapa saman seperti saman gangguan orang ketiga dalam rumah tangga terhadap Ira Kazar dan dua ahli keluarganya pada Jun 2022.

Kes bagaimanapun selesai di luar mahkamah pada 5 Julai 2023.

Kemudian, Sarah memfailkan dua saman iaitu fitnah dan pecah amanah terhadap bekas pekerjanya yang dikenali sebagai Nazatul Nazira.

Sarah juga membuat tuntutan RM1 juta terhadap defendan sebagai ganti rugi akibat fitnah yang diberikan. Kes bagaimanapun kes sedang berjalan dan dalam tempoh perbicaraan.

Terkini, Sarah turut mengeluarkan saman terhadap bekas kakak ipar Ira Kazar, Wiwi Darvinda Mazwena Mazlan atas tuduhan fitnah di Instagram pada 24 Ogos tahun lalu.

Bagaimanapun, Sarah menerima permohonan maaf secara terbuka dan kes diselesaikan secara baik di luar mahkamah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya