GEORGE TOWN: Paras air semasa di beberapa empangan di negeri ini masih tidak menunjukkan perkembangan yang positif meskipun hujan di beberapa tempat khususnya pada sebelah pagi atau petang sejak beberapa hari yang lalu. Menurut Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP), kapasiti efektif Empangan Air Itam semalam adalah 31.2 peratus, turun kira-kira 0.6 peratus berbanding kelmarin. Bagi Empangan Teluk Bahang pula, kapasiti efektif juga turun sebanyak 0.2 peratus iaitu daripada 27.6 peratus kelmarin kepada 27.4 peratus, semalam. Sementara itu, kapasiti efektif Empangan Mengkuang hari ini pula dianggap masih berada pada paras…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya