PRU16: UMNO mesti berupaya tubuh kerajaan

PRU16: UMNO mesti berupaya tubuh kerajaan

MOHAMAD Hasan bercakap kepada pemberita semasa melawat Laman Media bersempena Perhimpunan Agung UMNO 2024 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: UMNO perlu memastikan partinya berupaya untuk menubuhkan kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16) walau apa cara sekali pun.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, persoalan sama ada UMNO harus bergerak solo ataupun tidak akan diputuskan apabila menjelang PRU16.

“Presiden mempunyai pandangan begitu dan kita harus menerokai cara untuk kita pastikan UMNO menubuhkan kerajaan, jadi ada mesej yang dihantar oleh Presiden (Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi) semasa ucapan dasar beliau.

“Ia perlu dikupas dan diteliti kerana kita tidak boleh mengambil dari segi permukaan sahaja, kerana UMNO mesti berupaya menubuhkan kerajaan,” katanya ketika ditemui pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini hari ini.

Mohamad yang juga merupakan Menteri Luar mengadakan lawatan ke Laman Media bagi beramah mesra dengan pemberita yang membuat liputan bagi Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini.

Terdahulu, media melaporkan, Ahmad Zahid yang merupakan Timbalan Perdana Menteri memberikan bayangan parti itu tidak akan bergerak solo dalam PRU16.

Jelasnya, sokongan ahli UMNO semata-mata tidak mampu untuk memenangkan parti itu kerana yang menjadi penentu adalah pengundi luar jauh lebih besar.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata, kepimpinan parti akan meneliti dan menilai kedudukan parti menjelang pilihan raya nanti.

“Bila sampai masa nak PRU nanti kita lihat bagaimana kekuatan parti kita. Kalau keaaan parti ketika itu membolehkan kita bergerak solo maka kita akan buat keputusan pada ketika itu.

“Kalau tidak boleh bergerak solo, kita memerlukan rakan untuk kita menghadapi PRU. Kita akan fikiran ketika itu. Sekarang ini adalah tidak adil untuk kita menilai diri kita sekarang untuk tahun 2027,” jelasnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN