GENEVA: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan program vaksinasi bersasar dilakukan berbanding secara besar-besaran dalam usaha memerangi Mpox atau Cacar Monyet di lokasi virus dikesan. Jurucakap WHO, Margaret Harris berkata, perkara itu mengambil kira langkah menghentikan penyebaran Mpox dilihat lebih mudah daripada menangani Covid-19. “Tidak disyorkan untuk vaksinasi besar-besaran, hanya bersasar saja di mana virus Mpox yang mempunyai dua jenis genetik iaitu Clade 1 dan Clade 2 yang lebih menular. “Bagaimanapun rantaian baharu virus Clade 1b yang muncul tahun lalu adalah sesuatu yang dibimbangkan kerana ia merebak dengan sangat pantas. Ia…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya