JAKARTA: Rancangan Indonesia membekalkan makanan kepada kira-kira 83 juta pelajar di negara ini, dijangka meningkatkan import susu dan merangsang industri tenusu negara yang kurang berkembang. Program diusulkan Naib Presiden, Prabowo Subianto yang menelan belanja RM124 bilion apabila dilaksanakan sepenuhnya, bertujuan meningkatkan pengambilan nutrisi kanak-kanak Indonesia, di mana pengambilan susu adalah rendah dengan 21.5 peratus kanak-kanak berusia kurang lima tahun mengalami pertumbuhan terbantut. Kementerian Pertanian Indonesia menyatakan, program makan tengah hari yang turut melibatkan pemberian makanan percuma untuk ibu mengandung itu, akan memerlukan 4.1 juta tan susu. Jabatan Pertanian Amerika Syarikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya