GUA MUSANG: Calon Barisan Nasional (BN) Mohd. Azmawi Fikri Abdul Ghani atau Awie menggariskan pembangunan modal insan, ekonomi, perumahan generasi muda dan talian komunikasi sebagai manifesto ditawarkan kepada penduduk Nenggiri jika dipilih sebagai wakil rakyat pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 17 Ogos ini. Awie berkata, kesemua fokus itu mencakupi seluruh keperluan penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Nenggiri. Bagaimanapun, menurutnya, beliau memberi penekanan utama dengan melengkapkan anak-anak muda dengan modal insan yang baik supaya mereka lebih berdaya saing dan tidak menjadikan kawasan luar bandar sebagai halangan mencipta kejayaan lebih gemilang.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya