Presiden MPN, CEO Global Reach dituduh pecah amanah, subahat - Utusan Malaysia

Presiden MPN, CEO Global Reach dituduh pecah amanah, subahat

MPN pecah amanah
RADUAN Che Rose dihadapkan ke Mahkamah Sesyen atas pertuduhan pecah amanah dana MPN, di Shah Alam, Selangor, hari ini. - UTUSAN / SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) dan seorang pengarah sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan pecah amanah dan bersubahat melibatkan nilai RM271,000 pada 2023 dan tahun ini.

Tertuduh Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Prof. Datuk Kefli Mahbol membuat pengakuan demikian selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Mengikut dua pertuduhan, Raduan, 64, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) didakwa sebagai Presiden MPN melakukan pecah amanah dana MPN berjumlah RM71,000 dalam akaun bank milik Kefli.

Malah, beliau juga didakwa dengan lima pertuduhan sebagai sebagai Pengarah MPN Global Reach Sdn. Bhd. telah melakukan jenayah sama bagi wang pendahuluan program UKMShape-MPN Global Reach Sdn Bhd dengan nilai keseluruhan RM200,000 melalui lima cek sebuah bank juga kepada Kefli.

Kesemua perbuatan itu dilakukan dekat pejabat MPN di Country Height, Kajang antara 14 Mac 2023 hingga 15 April tahun ini. Justeru, beliau dakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda.

Sementara itu, Kefli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Reach Sdn Bhd didakwa tujuh pertuduhan bersubahat dengan Raduan bagi jenayah pecah amanah pada tarikh dan lokasi sama.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama,

Terdahulu pada prosiding tersebut sebaik pertuduhan dibacakan, Raduan menegaskan merasa sangat kesal dengan segala pertuduhan tersebut dengan kelulusan diberikan atas jawatan kapasitinya.

“Itu gaji halal dan titik peluh beliau (Kefli), saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Raduan memaklumkan berkhidmat lebih 40 tahun dan terperanjat dengan pertuduhan.

“Saya tidak boleh menerima hakikat itu. Reputasi tercalar dan itu sangat tidak ternilai. Apa pandangan orang dengan institusi (UiTM) yang mempunyai lebih 200,000 pelajar termasuk warga kerja yang didukung saya. Ini satu penganiayaan,” jelasnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Law Chin How dan kedua-dua tertuduh diwakili Peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz.

Mahkamah kemudiannya menetapkan jaminan RM40,000 bagi setiap tertuduh bersama seorang penjamin selain melapor diri di pejabat SPRM antara 1 hingga 7 hari bulan setiap bulan serta tidak kacau ganggu atau hubungi saksi pendakwaan.

Sebutan semula kes pada 23 Oktober depan.

Terdahulu menurut sumber, Raduan dan Kefli masing-masing ditahan SPRM pada semalam dan 23 Julai lalu.

Bagaimanapun, Kefli direman selama tujuh hari semasa hadir memberi keterangan di Ibu pejabat SPRM. UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya