Presiden Majlis Profesor Negara nafi pecah amanah, subahat

Presiden Majlis Profesor Negara nafi pecah amanah, subahat

RADUAN Che Rose dibawa ke Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor semalam. – UTUSAN/SADDAM YUSOFF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Presiden Majlis Profesor Negara (MPN) dan seorang pengarah sebuah syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini semalam atas pertuduhan pecah amanah dan bersubahat melibatkan nilai RM271,000 pada 2023 dan tahun ini.

Prof. Emeritus Datuk Dr. Raduan Che Rose dan Prof. Datuk Kefli Mahbol membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Datuk Anita Harun.

Mengikut dua pertuduhan, Raduan, 64, yang juga Pengerusi Lembaga Pengarah Universiti Teknologi Mara (UiTM) didakwa sebagai Presiden MPN melakukan pecah amanah dana MPN berjumlah RM71,000 dalam akaun bank milik Kefli.

Beliau turut didakwa dengan lima pertuduhan sebagai sebagai Pengarah MPN Global Reach Sdn. Bhd. melakukan jenayah sama bagi wang pendahuluan program UKMShape-MPN Glo­bal Reach Sdn. Bhd. dengan nilai keseluruhan RM200,000 melalui lima cek sebuah bank, juga kepada Kefli.

Kesemua perbuatan itu didakwa dilakukan di Pejabat MPN di Country Height, Kajang antara 14 Mac 2023 hingga 15 April tahun ini. Justeru, beliau dakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun, sebat dan denda.

Sementara itu, Kefli sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Global Reach Sdn. Bhd. didakwa tujuh pertuduhan bersubahat de­ngan Raduan bagi jenayah pecah ama­nah pada tarikh dan lokasi sama.

Bapa kepada dua anak itu didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan dibaca bersama 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman sama.

Terdahulu pada prosiding tersebut, sebaik sahaja pertuduhan dibacakan, Raduan me­negaskan berasa sangat kesal de­ngan segala pertuduhan tersebut dengan kelulusan diberikan atas jawatan kapasitinya.

“Itu gaji halal dan titik peluh beliau (Kefli), saya mengaku tidak bersalah,” katanya.

Raduan memaklumkan ber­khidmat lebih 40 tahun dan terperanjat dengan pertuduhan.

“Saya tidak boleh menerima hakikat itu. Reputasi tercalar dan itu sangat tidak ternilai. Apa pandangan orang dengan institusi (UiTM) yang mempunyai lebih 200,000 pelajar termasuk warga kerja yang didukung saya. Ini satu penganiayaan,” jelasnya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasu­ah Malaysia (SPRM) Law Chin How dan kedua-dua tertuduh diwa­kili Peguam Mohd. Khairul Azam Abdul Aziz. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN