PPj, SWCorp jamin kebersihan di lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2024

PPj, SWCorp jamin kebersihan di lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2024

BAGI menjamin kebersihan di lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2024, lebih 700 unit tong sampah pelbagai saiz disediakan. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bagi menjamin kebersihan di lokasi sambutan Hari Kebangsaan 2024, lebih 700 unit tong sampah pelbagai saiz disediakan Perbadanan Putrajaya (PPj) bersama Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).

Pengarah Pengarah Bahagian Komunikasi PPj, Siti Fadilah Ramli berkata, seramai 220 tenaga kerja pembersihan ditugaskan bagi memastikan kebersihan sepanjang acara itu.

Beliau berkata, sebanyak 650 unit tong sampah mudah alih 120 liter, 100 unit tong sampah mudah alih bersaiz 660 liter dan 11 unit Roll On Roll Off (RORO) disediakan.

“SWCorp) melalui syarikat konsesi, Alam Flora Sdn. Bhd. (AFSB) juga menyediakan unit lori kompaktor dan jentera-jentera pembersihan yang lain seperti lori jetter yang akan digunakan untuk kerja-kerja ‘flushing’.

“Kerja-kerja kawalan dan pengurusan kebersihan acara melibatkan keseluruhan kawasan lintasan perbarisan di Persiaran Perdana, Presint 1 sehingga Presint 4 bermula dari 26 Ogos lalu hingga 3 September ini,” katanya.

Katanya, PPj juga menganjurkan program ‘Jom Bawa Balik Sampah’ iaitu program melibatkan agensi-agensi seperti SWCorp, AFSB dan Pertubuhan Pemuda GEMA Malaysia yang akan bersama-sama melakukan aktiviti plogging selepas tamat perarakan.

Siti Fadilah berkata, PPj juga memastikan amalan kitar semula (3R) juga dilaksanakan pada
hari tersebut dengan menyediakan 10 set tong kitar semula di sekitar kawasan utama penganjuran.

“Adalah diharapkan semua inisiatif ini akan memberikan impak positif dalam memastikan persekitaran Putrajaya terus bersih dan berdaya mampan.

“Kelancaran dan kejayaan program-program ini juga semestinya memerlukan komitmen dan sokongan semua pihak khususnya pengunjung yang datang ke Putrajaya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya