SHAH ALAM: Polis menyiasat sama ada kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar mempunyai kaitan dengan unsur jenayah, masalah peribadi atau mental. Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, beliau semalam meninjau lokasi arwah yang dilaporkan kali terakhir berada iaitu di sekitar Jambatan Kota, Klang. “Tinjauan saya ke lokasi itu menjurus kepada beberapa perkara yang perlu disiasat melibatkan sebarang unsur jenayah, masalah peribadi dan mental. Kita akan siasat sama ada arwah ada mengalami masalah atau gangguan dan pernah mendapatkan sebarang rawatan sebelum ini,” katanya kepada pemberita, hari ini. Jelasnya, polis…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya