PN mahu pembatalan komik BRI diteliti semula

PN mahu pembatalan komik BRI diteliti semula

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Perikatan Nasional (PN) mahu Pembatalan larangan mencetak dan mengedar komik ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama (BRI)’ tulisan bekas ahli DAP, Hew Kuan Yau diteliti semula.

Pengerusinya Muhyiddin Yassin berkata, sebelum ini komik itu pada mulanya diharamkan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Oktober 2019 kerana kandungannya dikhuatiri boleh memudaratkan ketenteraman awam termasuk keselamatan negara dan masa depan rakyat.

“Saya tak tahu ada keputusan mahkamah ke apa tapi fakta dulu bahawa komik itu tidak dibenarkan dibawa masuk ke sekolah kerana ada elemen tertentu seperti komunisme serta sosialisme yang tak sesuai dengan tatabudaya kita.

“Jadi, sebab itu mungkin wajar ketua Pemuda Umno (meminta) supaya kerajaan meneliti balik semula, ini bukan soal isu kecil ia melibatkan keselamatan negara, isu soal masa depan anak-anak kita.

“Sekarang ini sudah diterbalikkan keputusan itu, jadi elok diteliti semula. Jangan ada satu pihak waktu dulu beri pertimbangan ditolak, sekarang keadaan sudah berubah diluluskan semula, ini satu perkara yang tak harus berlaku,” katanya kepada pemberita selepas Program Sembang Santai Bersama Masyarakat di Kampung Limau Kasturi di sini hari ini.

Sebelum ini, KDN membatalkan perintah larangan yang dikenakan ke atas komik bertajuk ‘Inisiatif Jalur dan Jalan Meraih Manfaat Bersama’, karya bekas ahli DAP Hew Kuan Yau.

Menurut warta kerajaan persekutuan bertarikh 12 Ogos, pembatalan itu ditandatangani oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail pada 6 Ogos mengikut Subseksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Pembatalan larangan itu terpakai bagi penerbitan komik itu dalam tiga bahasa, iaitu Melayu, Inggeris dan Mandarin.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya