PM santuni penduduk Kubang Semang sebelum solat Jumaat

Anwar makan nasi kandar bersama penduduk Kubang Semang sebelum solat Jumaat

ANWAR (duduk, dua dari kanan) ketika menikmati juadah tengah hari di Kedai Tok bersebelahan Masjid Kubang Semang, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.-UTUSAN/SITI NUR MAS ERAH AMRAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUKIT MERTAJAM : Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkesempatan menjamu selera dan menyantuni penduduk setempat di Kedai Tok, Simpang Tiga bersebelahan Masjid Kubang Semang, di sini.

Beliau tiba di kedai makan itu kira-kira pukul 12.40 tengah hari dengan diiringi oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz serta Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun turut mengambil kesempatan menyantuni orang ramai yang tidak melepaskan peluang menikmati nasi kandar percuma sumbangan kedai terbabit.

Pada masa yang sama, beliau yang meluangkan masa hampir setengah jam di situ turut dijamu dengan pelbagai hidangan termasuk gulai ikan dan ayam goreng.

Menurut pekerja kedai tersebut, Mohd Nazri Abd Rahman, pihaknya menyediakan juadah percuma buat 250 orang sebelum menunaikan solat Jumaat.

“Kita sajikan hidangan istimewa buat Perdana Menteri iaitu gulai ikan yang sememangnya popular bersama beberapa lauk pauk lain,” katanya.

Terdahulu, Anwar mengunjungi Sekolah Tinggi Bukit Mertajam atau lebih dikenali sebagai High School Bukit Mertajam (HSBM) sebelum mengadakan lawatan ke Hospital Bukit Mertajam (HBM) dalam sesi lawatannya ke Pulau Pinang hari ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya