PLKS palsu: SPRM cadang tuduh lima majikan 

PLKS palsu: SPRM cadang tuduh lima majikan 

SPRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mencadangkan pertuduhan terhadap lima majikan atas dakwaan menggunakan dokumen palsu untuk permohonan pengajian pekerja asing di bawah program Rekalibrasi Tenaga Kerja (RTK 2.0).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki berkata, cadangan itu dibuat selepas siasatan berkenaan dilengkapkan.

Kata beliau, siasatan dilakukan terhadap kelima-lima mereka  di bawah Seksyen 18 Akta SPRM dan secara alternatif iaitu Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

“Semua majikan telah direkodkan kenyataan dan jika timbalan pendakwa raya bersetuju untuk mendakwa, kami akan membuat penahanan sewajarnya.

“Kami akan mencadangkan pertuduhan dikenakan kepada majikan dan ejen mereka juga. Jumlah ejen yang terlibat masih tidak pasti tapi ramai yang terlibat,” katanya di sini.

Mengulas lanjut, Azam berkata, siasatan dilakukan SPRM selepas mereka menggunakan ejen bagi mengeluarkan sijil Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) palsu. 

“Maknanya mereka tipu Jabatan Imigresen Malaysia (JIM). Sehubungan itu, semua majikan telah dipanggil,” jelasnya.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan, lebih 50 majikan telah dipanggil SPRM berhubung program RTK 2.0.

Portal berkenaan ketika menghubungi Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff mengesahkan siasatan tersebut. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN