PH hormati keputusan UMNO tidak dijemput ke PAU 2024 - Fahmi

PH hormati keputusan UMNO tidak dijemput ke PAU 2024 – Fahmi

FAHMI Fadzil berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Oleh Rakan Strategik HKHM 2024 di Putrajaya. - UTUSAN/FAISOL MUSTAFA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pakatan Harapan (PH) menghormati pendirian UMNO yang memutuskan untuk tidak menjemput pemimpin utama Kerajaan Perpaduan pada Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2024 minggu depan.

Pengarah komunikasi PH, Fahmi Fadzil berkata, ia tidak menjadi masalah buat pemimpin utama dalam Kerajaan Perpaduan kerana masing-masing telah bertemu setiap hari.

“Tiada masalah (kerana tidak dijemput) sebab kita bertemu setiap hari.

“Jadi, tiada sebarang isu dan kita hormat sebarang keputusan yang dibuat,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Penajaan Oleh Rakan Strategik HKHM 2024 di sini, hari ini.

Semalam, UMNO memutuskan untuk tidak menjemput pemimpin utama dalam Kerajaan Perpaduan melainkan hanya pemimpin daripada parti komponen Barisan Nasional (BN).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilaporkan berkata, UMNO mengambil pendekatan berbeza berbanding pada perhimpunan tahun lalu, dengan mengutamakan keluarga besar UMNO.

Katanya, keputusan untuk tidak menjemput pimpinan parti politik khususnya PH serta Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah dipersetujui di peringkat Majlis Pimpinan Kerajaan Perpaduan.

Tahun lalu, julung kali PAU menyaksikan kehadiran Perdana Menteri yang juga Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta pemimpin DAP serta Amanah.

PAU 2024 akan bermula dari 21 hingga 24 Ogos ini bertempat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).

PAU 2024 juga dijangka menyaksikan kehadiran 6,433 perwakilan, iaitu 2,939 orang perwakilan bagi PAU, 1,171 perwakilan Wanita, 1,173 sayap Pemuda serta 1,150 sayap Puteri.- UTUSAN 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya