KUALA LUMPUR: Kerajaan tidak menetapkan tempoh masa bagi warga Palestin yang diterbangkan ke sini baru-baru ini, untuk berada di negara ini bagi mendapatkan rawatan perubatan. Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana keadaan di Gaza ketika ini amat daif dan berbahaya, selain tiada tanda menunjukkan perang yang berlaku bakal berakhir dalam masa terdekat. Sehubungan itu, beliau menyatakan, semua warga Palestin yang mendapatkan rawatan perubatan akan dibenarkan berada di Malaysia sehingga pulih. “Kita ambil mereka (penduduk Palestin) atas dasar ihsan dan belas kasihan memandangkan apa yang mereka alami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya