Perubahan iklim, jangkaan hujan faktor berlaku bencana alam

Perubahan iklim, intensisi antara faktor berlaku bencana alam

NIK NADZMI Nik Ahmad (tengah) memeriksa mesin mengukur kadar pencemaran bunyi pada sidang media JAS Perak di Kampung Kepayang, Simpang Pulai, Ipoh semalam.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Perubahan corak iklim mutakhir ini, intensisi dan jangkaan hujan merupakan antara faktor utama menjadi pencetus bencana banjir, tanah runtuh serta fenomena kepala air.

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya bekerjasama rapat dengan agensi dan kementerian lain seperti Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) untuk bencana dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi banjir.

“Kita akan memberikan kerja­sama dan bersedia apabila berlakunya tanah runtuh, banjir, banjir lumpur dan kejadian kepala air.

“Sekarang corak cuaca sudah berbeza yang menyebabkan intensisi dan jangkaan hujan sukar dijangka,” katanya dalam sidang akhbar Jabatan Alam Sekitar (JAS) Perak di Kampung Kepayang, Simpang Pulai di sini semalam.

Sidang akhbar itu adalah berkenaan pemeriksaan sebuah premis pemerolehan kembali buangan terjadual yang menyebabkan pencemaran bau dan udara yang menjelaskan penduduk Taman Seri Bougainvillea dan Taman Botani Simpang Pulai.

Nik Nazmi merujuk kepada kejadian pada Jumaat lalu iaitu muka sauk Loji Rawatan Air Sungai Geliting di Ulu Slim, Slim River, Tanjung Malim dekat sini yang dilaporkan pecah menyebabkan fenomena kepala air.

Bencana itu menyebabkan 175 mangsa terpaksa dipindahkan ke dua pusat pemindahan sementara (PPS) selain 21 orang terperangkap di Taman Eko RISDA sebelum berjaya diselamatkan bomba pada keesokan harinya. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya